Assalamualaikum,

Selamat datang ke blog Mee Kuning Hidayah. Blog ini di wujudkan bagi merapatkan lagi hubungan kami dengan pelanggan-pelanggan kami yang sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada kami untuk terus mengusahakan pengeluaran mee kuning.

Di atas sokongan pelanggan kami, kami terus dapat menggerakkan usaha kami untuk memberikan makanan yang halal dan bersih kepada umat islam dan umat seluruh malaysia amnya.

Untuk posting pertama, kami akan menceritakan sejarah penubuhan produk Mee Kuning Hidayah.

Sejarah Penubuhan

Idea pengusahaan mee kuning ini adalah atas ilham sahabat kami bernama Mohd Sairul Mohd Rosidi. Beliau telah memcadangkan untuk membuat perniagaan mee kuning. Pada mulanya, saya tidak berapa yakin dengan bisnes ini. Ini kerana beliau hanya mendapat resepi hanya dari internet. Bagi saya latihan praktikal bersama guru adalah penting untuk menjamin mutu dan kualiti mee kuning. Oleh yang demikian, hasrat untuk membuat mee kuning terhenti...

Apabila berita kursus masakan diadakan diadakan di Kuala Lumpur, sahabat saya mengambil kursus pembuatan mee kuning. Setelah tamat kursus, beliau mencubanya di rumah dengan menggunakan mesin kecil. Beliau menunjukkan pada saya percubaannya yang pertama. Mm,, boleh tahan juga rasanya..Seperti mee kuning lain, cuma yang ni terasa yakin sikit apabila makan.Sebab 100% tidak menggunakan bahan pengawet. Jadi rasanya pun sodap...

Setelah mencuba saya dan sahabat saya memberi hasil mee kuning ini kepada peniaga-peniaga di pasar malam. Alhamdulillah semua mereka memuji kerana hanya segelintir sahaja orang melayu yang membuat mee kuning. Ramai diantara mereka menyarankan supaya kami meneruskan perusahaan mee kuning ini. Keaadan ini membuatkan kami bersemangat untuk menceburi bidang pemakaan ini.

Seperti diduga, langit tidaklah sentiasa cerah... Kami menghadapi masalah kewangan untuk menghasilkan mee kuning dengan kuantiti yang banyak dan kami memerlukan modal untuk membuat packaging yang sesuai. Untuk membuat packaging, kami perlu menempah sekurang-kurangnya 10,000 keping dengan harga RM1,000. Alhadulillah atas sokongan ibu sahabat saya, beliau memberikan modal permulaan sebanyak RM2,000 kepada kami. Dengan modal yang diberikan, kami berazam untuk menjalankan perniaagaan ini dengan bersungguh-sungguh.

Kami juga mendapat bantuan dari sebuah yayasan yang sudi menaja kepada kami 2 buah mesin untuk kami menjalankan perniagaan ini. Kini dengan mesin dan modal yang ada kami telah memulakan perniagaan kami di kawasan sekitar Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah kami merancang untuk meluaskan perniagaan kami ini ke seluruh Bandar Baru Bangi.